Rabu, 14 Disember 2011

DAP tubuh panel selesaikan pertelingkahan 'godfather'


MALAYSIA KINI

DAP menubuhkan satu panel tiga anggota bagi menyelesaikan pertelingkahan antara Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, jawatankuasa eksekutif pusat parti yang bermesyuarat malam semalam memutuskan untuk membentuk panel itu bagi menyelesaikan isu tersebut dan ia akan dianggotai beliau sendiri, penasihat seumur hidup DAP Dr Chen Man Hin dan pemimpin veteran Lim Kit Siang.

"Kami berharap dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin,” katanya kepada pemberita dalam satu komen ringkas selepas mesyuarat itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Pertelingkahan Karpal-Ramasamy bermula selepas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang itu dilaporkan berkata terdapat ”godfather” dalam DAP selepas beliau menamakan tiga individu sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.- Bernama

Tiada ulasan: