Selasa, 1 November 2011

Sidang Dewan Rakyat kecoh, tiga MP diarah keluar

MALAYSIA KINI

Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila beberapa ahli parlimen pembangkang mempersoalkan keputusan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) meninggalkan Dewan.

NONEKeputusan itu dibuat oleh Pandikar Amin mengikut Peraturan Mesyuarat 44 setelah Er (kanan) enggan duduk walaupun berkali-kali diminta berbuat demikian lalu menyebabkan beliau mengarahkan Er meninggalkan persidangan.

Er tidak puas hati kerana tidak dapat mengajukan soalan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang membuat ucapan penggulungan kementeriannya.

Ahli parlimen Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) kemudian meminta Pandikar Amin supaya menggunakan keputusan mesyuarat 44 itu dengan berhati-hati dan sebaiknya.

Pandikar Amin menjawab: "Jangan sama sekali mengajar saya peraturan mesyuarat...apabila ditegur jangan ingkar kerana peraturannya juga menyatakan kalau menteri sudah duduk, tidak boleh lagi dipaksa oleh Speaker."

Ketika Pandikar Amin menjelas perkara itu, ahli parlimen Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pula menyarankan Er supaya jangan keluar.

parliament dap mp pc on dbkl 201108 lim lip eng"Yang Berhormat Bakri jangan keluar," kata Lim.

Tindakan Lim (kiri) itu menyebabkan Pandikar Amin mula hilang sabar dan mengarahkan Lim juga meninggalkan persidangan bersama Er.

"Siapa yang bercakap begitu...Yang Berhormat Segambut sila keluar juga," kata Pandikar Amin.

Pada masa sama, ahli parlimen Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) cuba mempertahankan Er dengan alasan bahawa Er telah berdiri lama menanti giliran.

Bagaimanapun, 15 minit selepas itu, Pandikar Amin membenarkan Er dan Lim masuk semula ke Dewan.

Semasa sesi perbahasan sebelah pagi juga, N. Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai) telah diminta keluar dari Dewan oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kerana ingkar nasihat untuk mematuhi peraturan.

Terlebih dahulu semasa perbentangan usul, Gobalakrishnan telah terlibat dalam perang mulut dengan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) berkenaan isu Kampung Buah Pala.- Bernama

Tiada ulasan: