Rabu, 16 November 2011

PSC: Peguam Negara beri ‘lampu hijau’ guna dakwat kekal

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Peguam Negara memberi “lampu hijau” kepada usaha menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya dengan memberitahu jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) bahawa hanya memerlukan pindaan kecil dalam peraturan pilihan raya.

Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu tuntutan dibawa oleh Bersih 2.0.

Pengerusi PSC Datuk Seri Maximus Ongkili (gambar) berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ada memaklumkan hari ini bahawa sama ada pindaan perlembagaan ataupun perubahan kecil pada peraturan diperlukan bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan tanda menggunakan dakwat kekal pada jari bagi mengelakkan pengundian lebih sekali.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: