Rabu, 16 November 2011

Peserta BERSIH 2.0 dakwa dipukul, tendang dan sembur


Hafiz Yatim
Seorang belia yang terbabit dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mendakwa bahawa anggota polis menendang dan memukulnya.

NONEHanafi Hawari (kanan), semasa memberi keterangan dalam siasatan awam yang diadakan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata tiga atau empat anggota polis yang menyerangnya itu juga menyembur matanya sebanyak empat kali dengan semburan lada dan mencacinya.

Menceritakan kejadian pada hari tersebut, Hanafi berkata dia berada di sekitar Maju Junction di Kuala Lumpur antara tengahari dan jam 1 petang dengan memakai baju berwarna kuning dan menyarungkannya dengan sehelai baju T BERSIH.

Apabila dia dan kawan-kawannya cuba bergerak ke Dataran Maybank, mereka dihalang oleh pihak polis yang membuat beberapa sekatan.

Hanafi, 21, seorang pelajar di akademi pembinaan, berkata terdapat kira-kira 2,500 orang di kawasan itu ketika kejadian.

NONE"Pihak polis memberi tiga amaran, setiap satu selang seminit yang mengarahkan kami supaya bersurai. Trak meriam air Unit Simpanan Persekutuan kemudian mengejar (orang ramai) dan cuba menyembur air kimia. Tiada masa yang cukup untuk bersurai.

"Apabila saya cuba bersurai, tiba-tiba terasa satu tamparan kuat di belakang kepala saya. Semasa jatuh, saya rasa beberapa sepakan dan tendangan dihalakan ke kepala dan perut saya.

"Tiga orang yang saya percaya adalah anggota polis terus menyerang saya. Hidung dan mulut saya berdarah dan saya juga digari ketika saya terjatuh."

Dakwa Hanafi lagi, sepanjang dibelasah itu, penyerangnya menuduh dirinya sebagai 'pengkhianat negara' dan 'bodoh' kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

NONEGambar muka dan matanya yang lebam, juga ditunjukkan kepada pesuruhjaya Suhakam.

Ini adalah hari kedua siasatan dijalankan di hadapan panel tiga anggota yang diketuai oleh timbalan pengerusi Suhakam Datuk Khaw Lake Tee).

Siasatan itu bertujuan untuk menentukan sama ada pihak polis menggunakan kekerasan yang melampau dalam usaha menyuraikan perhimpunan yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Tiada ulasan: