Jumaat, 11 November 2011

Pengundi Hantu - Pakatan Desak JPN Bentang Data Warganegara.

KLPOS.COM


KUALA LUMPUR - Wakil Pakatan Rakyat dalam jawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC), menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi data penuh jumlah warga asing yang mendapat kewarganegaraan.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata, maklumat itu penting untuk dibawa dalam mesyuarat keempat mereka esok.

“Kita nak tahu berapa ramai warga asing yang diberikan kerakyatan dalam tempoh 3 tahun iaitu dari 2008. Kita mahu tahu berapa ramai telah menjadi pungundi sama ada ramai atau tidak yang telah menjadi pemilih dan ini sangat penting,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Menurutnya, beliau berharap JPN akan memberi kerjasama penuh bagi memberikan maklumat kepada jawatankuasa penambaikan proses pilihan raya itu.

“Justeru itu kita adakan sidang akhbar ini untuk memberikan notis pada JPN supaya mereka bersiap sedia memberikan data-data ini dan bukannya memberi alasan,” katanya yang merupakan salah seorang wakil Pakatan dalam PSC berkenaan.

Tambah beliau Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan turut dipanggil dalam mesyuarat oleh wakil Pakatan dalam PSC di Parlimen, 11.30 tengahari esok. Keadilan Daily

Tiada ulasan: