Jumaat, 4 November 2011

MTUC: Kami tak jemput ahli politik



Abdul Rahim Sabri


Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menganggap kehadiran pemimpin Pakatan Rakyat di piket anjurannya petang tadi adalah untuk menyokong bantahan MTUC terhadap pindaan Akta Kerja 1955.

mtuc picket 031111 butterworth crowd"Mungkin rasanya mereka menjalankan sebahagian daripada tanggungjawab, sekurang-kurangnya memberi sokongan. Mereka datang atas kapasiti tanggungjawab," kata presiden MTUC, Mohd Khalid Atan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang tadi, Mohd Khalid berkata, beliau tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka dan tidak menjemput secara rasmi mana-mana ahli politik ke piket ini.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang dalam mesyuarat kesatuan itu mengenai tindakan seterusnya dan akan memaklumkan kepada media.

Sepanjang piket itu berlangsung, pelbagai aktiviti atau aksi yang dilakukan mencuit perhatian orang ramai termasuk gelagat dua peserta yang memakai topeng "hantu" diiringi dengan paluan kompang.

NONEMereka berpiket sepanjang tepi jalan kira-kira sejauh 100 meter.

Sebelum mengakhiri piket, Mohd Khalid mengucapkan terima kasih kepada peserta yang hadir.

Para peserta piket bersurai secara aman pada jam 6.30 petang. Kira-kira 15 anggota polis mengawal keadaan dan lalulintas.

Mohd Khalid juga memberitahu sidang akhbar itu, beliau mendapat maklum balas yang menggalakkan di semua 18 lokasi piket khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Piket ini (diharap) akan datang memberi satu mesej kepada kerajaan bahawa pindaan yang diluluskan menjurus memberi impak negatif kepada pekerja," katanya.

Isu utama mengenai pindaan akta itu ialah wujudnya kontraktor tenaga kerja dan ini membolehkan majikan 'mengupah' kontraktor itu memberikan tenaga kerja kepada majikan berkenaan.

NONEMTUC mendakwa sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor bukan majikan berkenaan menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mengulas lanjut Mohd Khalid mendakwa, sistem ini menjurus kepada eksploitasi pekerja.

Sehubungan itu, beliau berharap Menteri Sumber Manusia menimbang bantahan mereka kerana pintu rundingan masih lagi terbuka.

"Apa juga pindaan undang-undang harus menjurus kepada kesejahteraan pekerja, bukan penindasan dalam era baru," katanya.

Tiada ulasan: