Ahad, 20 November 2011

MB Melawat Jepun Bagi Menarik Pelabur Teknologi Hijau, Industri Automotif

Oleh Afeeqa Afeera


SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan melakukan lawatan kerja rasmi ke Jepun bermula 20 hingga 23 November ini bagi menyertai seminar dan misi pelaburan asing di negara itu.

Abdul Khalid berkata, acara lawatan tahunan itu akan digunakan sebaik mungkin oleh kerajaan Selangor bagi melihat peluang pelaburan baru sekaligus menarik lebih ramai pelabur Jepun ke negeri ini.

Selain itu, negeri Selangor yang diwakili Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan juga akan membuat pembentangan mengenai pembangunan Shah Alam sebagai ibu negeri dengan mengetengahkan isu berkaitan pembangunan teknologi hijau dalam usaha menjadikan bandar ini sebagai "Smart City".

24:15--25:03
"Saya akan berjumpa dengan beberapa pelabur utama yang mempunyai pelaburan besar di Selangor termasuk Toyota dan pihak bank bagi menerangkan kepada kami pandangan mereka tentang pelaburan Jepun di Malaysia dan keadaan pelaburan Jepun di seluruh Asia. Syarikat itu adalah dari Namura," katanya.

Seminar dan lawatan pelaburan ini akan diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ekonomi Malaysia Jepun, Tan Sri Azman Hashim dan turut disertai Exco Kerajaan Negeri, Teresa Kok serta pegawai Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC).

Pada sidang akhbar selepas merasmikan Kejohanan Kelab Renang Kebangsaan 2011 di Pusat Akuatik Darul Ehsan di sini pagi tadi, Abdul Khalid berkata, beliau turut mengambil peluang untuk menemui kumpulan peniaga dan pelabur Jepun bagi menyampaikan penghargaan kepada mereka yang telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pengurusan negeri ini.

Tiada ulasan: