Sabtu, 5 November 2011

Kini, bangunan Majlis Peguam disimbah cat merah



MALAYSIA KINI

Bahagian masuk hadapan bangunan Majlis Peguam Malaysia di Leboh Pasar, telah disimbah dengan cat merah - satu perbuatan yang disifatkan majlis itu sebagai vandalisme yang ada kaitan dengan Seksualiti Merdeka.

NONEPresiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee berkata, kejadian itu berlaku awal pagi ini, antara jam 1 pagi dan 1.30 pagi.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai maklumat bahawa perbuatan vandalisme ada kaitan dengan program Seksualiti Merdeka.

Lim berkata, perbuatan seumpama itu amat dikesali dan mesti dikecam.

Sebaliknya, tegas beliau, mereka yang mempunyai pandangan yang berbeza, perlu mengadakan perbincangan dan dialog.

Cat itu kemudiannya dibersihkan dari tingkat dan dinding berkenaan.

Sebelum itu, Majlis Peguam mengecam polis kerana mengharamkan semua program Seksualiti Merdeka, dengan menuduh pasukan itu mensasarkan pihak yang salah.

Timbalan presidennya, Christopher Leong berkata alasan pihak polis mengharamkannya atas sebab ketenteraman awam, bermakna akan ada orang yang cuba mengganggu program tersebut.

NONEOleh itu, katanya, dalam kes ini, pihak polis mesti bertindak terhadap orang yang mengancam untuk membuat gangguan.

"Kita tidak harus membenarkan pengacau ini menimbulkan
masalah dan pihak polis secara tidak sengaja menyokong mereka dengan mengharamkan aktiviti-aktiviti yang aman.

"Ia akan menjadi hari yang menyedihkan bagi negara kita dan demokrasi jika ini berlaku," kata Leong dalam satu kenyataan semalam.

Sebaliknya, kata beliau, pihak polis harus mengerahkan sumber-sumber mereka untuk melindungi hak orang cintakan keamanan dan memastikan aktiviti program Seksualiti Merdeka dijalankan secara aman dan tanpa gangguan.

Tiada ulasan: