Sabtu, 5 November 2011

JAWI siasat 'Seksualiti Merdeka' bawah 3 seksyen


Abdul Rahim Sabri


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyiasat penyertaan umat Islam dalam penganjuran program "Seksualiti Merdeka" bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali (bawah, kiri sekali) berkata, pihaknya akan mengkajinya berdasarkan seksyen 25 (kesalahan liwat), seksyen 26 (musahaqah atau lesbian) dan seksyen 35 (menggalakkan maksiat).

NONESiasatan itu dibuat ekoran memorandum yang diserahkannya oleh kumpulan pendesak Melayu PERKASA selepas perhimpunan di Masjid Negara awal petang tadi.

"Saya lihat apa yang disediakan kepada saya... Seksyen berkenaan adalah untuk menyelidiki dan mengkaji bagi tindakan lanjut di Wilayah Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Sebelum itu, sekumpulan umat Islam mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat di Kuala Lumpur bagi menyatakan perasaan tidak senang terhadap usaha penganjuran program kontroversi "Seksualiti Merdeka".

Seksyen 25 dan 26 memperuntukkan mana-mana lelaki yang melakukan liwat atau mana-mana perempuan yang melakukan aktiviti musahaqah dikira melakukan suatu kesalahan.

Denda, penjara, sebat

Kedua-dua seksyen itu, jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000, dipenjara tidak lebih tiga tahun, disebat tidak lebih enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu.

Manakala seksyen 35 pula memperuntukkan mana-mana orang yang menganjurkan, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat adalah melakukan suatu kesalahan.

NONEJika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000, dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksualiti Merdeka merupakan festival tahunan meraikan hak asasi pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina anjuran sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan dijangka dirasmikan oleh Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Setelah dibantah banyak pihak, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar senalan mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini.

Tiada ulasan: