Isnin, 14 November 2011

Jangan rampas tanah petani



SETIU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu diminta melibatkan para petani dengan projek-projek yang dilaksanakan bagi menjamin kehidupan mereka pada masa depan

Pengerusi Lujnah Pertanian PAS Terengganu Hji Muhyiddn Abdyul Rashid menggesa kerajaan memberikan hak milik kekal keatas tanah-tanah sawah padi yang telah diusahakan oleh para petani dan bukannya merampas tanah-tanah tersebut.

"Kita (PAS) mengalu-alukan kerajaan memajukan kawasan ini, tetapi kita minta hak kita ini jangan dipersia-siakan supaya kerajaan melibatkan kita sama dengan memberikan hak milik tanah kepada kita semua yang telah menghidupkan tanah sejak lebih 40 tahun,"tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berhimpun bersama-sama lebih 50 orang petani dari kampung Jelapang dan kampung Bukit Layat dekat sini yang berhimpun menuntut hak-hak mereka.

Perhimpunan Aman selama 45 minit tersebut diadakan berhampiran dengan kawasan sawah Kampung Jelapang.

Menurut Haji Muhyiddin, PAS negeri Terengganu menyokong penuh tuntutan rakyat terutamannya oleh para petani.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, kerajaan PAS Terengganu telah memulakan inisiatif menjamin hak-hak petani terbabit dengan memberikan pemilikan semenatara (TOL) pada tahun 1999 hingga 2004.

"Inisiatif awal telah dibuat oleh kerajaan PAS Trengganu tahun 1999 hingga 2004, dengan cara memberi lesen, hak milik sementara, untukmendapatkan hak tanah ini,

"kita minta kerajaan kerajaan sekarang ini memberikan geran kekal kepada semua petani-petani yang terlibat,"jelasnya.

Selain menuntut hak milik tanah, Haji Muhyiddin berkata kerajaan sepatutnya membayar subsidi padi kepada semua pesawah yang mengusahakan tanaman padi.

Katanya, oleh kerana kerajaan telah mengisytiharkan kawasan tanaman padi Kampung Jelapang sebagai sebuah 'jelapang', suibsidi mestilah dibayar sebagaimana diamalkan oleh negeri-negeri lain.

Beliau turut merasa kesal kerana terdapat aduan bahawa pengagihan input tidak dilaksanakan secara adil kepada semua petani.

"Kita minta penyelarasn dari segi bantuan input-input petanian, difahamkan ada yang menmdapat banyak, ada yang mendapat kurang, tidak selaras,

"kita minta supaya semua mendapat hak yang sama,"tegasnya yang juga selaku Timbalan Pesurujhjaya PAS Terengganu

Tiada ulasan: