Isnin, 21 November 2011

Hadi dan Kit Siang jadi TPM jika Pakatan menang. OK?

Melissa Lee, Malaysia Chronicle

Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa Kit Siang dan Abdul Hadi Awang akan menjadi TPM jika Pakatan memenangi Pilihanraya umum yang akan datang.

“Kedua-duanya mampu membawa pembangunan progresif kepada negara.” Karpal memberitahu wartawan.

Komen beliau bukanlah sesuatu yang baru tapi, media BN sentiasa cuba untuk melaga-lagakan ketiga-tiga parti politik ini- PAS, DAP dan PKR.

BAru-baru ini, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menegaskan lagi bahawa Ketua PKR, Anwar Ibrahim akan tetap menjadi PM walaupun sekiranya beliau dipenjarakan atas tuduhan fitnah liwat dan video seks yang direka cipta oleh kerajaan BN.

Media BN kemudiannya cuba menimbulkan isu untuk jawatan nombor 2 negara dengan mengapi-apikan masyarakat Melayu dengan perkhabaran bahawa Lim Kit Siang akan menjadi TPM memandangkan beliau adalah berketurunan Cina.

Umno yang bersikap perkauman enggan terima TPM berketurunan Cina

BN sememangnya bersikap perkauman. Diterajui oleh Umno yang didakwa memburukkan keadaan ekonomi negara dengan amalan rasuah di semua peringkat serta politik keagamaan dan juga prejudis demi menutup agenda kewangan mereka.

Walaupun sering menegaskan bahawa mereka mengamalkan perkongsian kuasa, tidak ada satu pun parti komponen lain yang benar-benar boleh bersuara dalam apa jua keputusan yang diambil oleh BN. Contoh terbaik adalah yang berlaku dalam parti Gerakan baru-baru ini. Koh Tsu Koon, presiden parti tersebut telah dipaksa membuat kenyataan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Itu pun sebenarnya belum cukup untuk memuaskan Umno dan bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad kerana mereka sebenarnya mahu Tsu Koon meletak jawatan presiden.

Ada desas-desus yang mengatakan bahawa mereka ingin pengganti Tsu Koon, Lim Keng Yaik untuk hadir kembali ke pentas politik negara. Walaubagaimanapun, Keng Yeik dikatakan sedang menghadapi masalah kesihatan yang kritikal. Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: