Selasa, 22 November 2011

Fitnah Terhadap Saya Sama Seperti Dihadapi Dr Mahathir - Nurul

KLPOS.COM

PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjawab dakwaan dan tuduhan beberapa blog pro kerajaan bahawa beliau mempunyai akaun bank di Israel sebagai fitnah terbesar.

“Fitnah terbaru akaun di Tel Aviv, Israel ini merupakan fitnah lama yang menggunakan serangan yang sama seperti Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan keluarganya.

Sejak beberapa minggu lalu timbul desas desusbahawa beliau mempunyai akaun bank di Tel Aviv, Israel.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan PKR sudah mengenalpasti calon berwibawa untuk bertanding bagi kerusi parlimen Wangsa Maju dalam pilihan raya umum akan datang.

Nurul bagaimanapun, tidak mahu mendedahkan senarai nama calon kepada wartawan.


Tiada ulasan: