Rabu, 16 November 2011

Dakwat: Pakatan sokong pindaan perlembagaan


S Pathmawathy
Pakatan Rakyat menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha meminda perlembagaan bagi membolehkan dakwat kekal digunakan pada pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

NONEBagaimanapun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sokongan berkenaan dibuat dengan syarat draf pindaan itu dibentangkan di parlimen pada sesi ini.

“Kita cadangkan Peguam Negara menyediakan draf segera untuk meminda peruntukan berkenaan dengan syarat ia dibentangkan di Parlimen dalam sesi ini supaya tidak dijadikan helah atau dalih untuk lengahkan dan gagalkan usaha untuk guna dakwat kekal.

“Kita sanggup sokong bagi dapatkan undi dua pertiga,” katanya kata Anwar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum ini berkata bahawa Perkara 119 perlembagaan persekutuan perlu dipinda sebelum penggunaan dakwat kekal boleh dilaksanakan.

pulau ketam village head election 310711 indelible ink“Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sedia terima (pinda perlembagaan) dengan syarat ia dilakukan segera.

“Kita sanggup sokong bagi dapatkan undi dua pertiga,” katanya.

Menurut Anwar sekiranya pindaan itu dibuat pada tahun depan dan selepas PRU 13, ia merupakan tindakan yang sia-sia.

“Kalau nak pinda perlembagaan tahun depan iaitu selepas pilihan raya, ia tidak bermakna,” katanya lagi.

Sidang Dewan Rakyat pada sesi ini dijadual berakhir pada minggu pertama Disember depan.

bersih indelible ink police report against abdullah ahmad badawi rashid musa ghaniPada pilihan raya umum 2008, SPR meluluskan penggunaan dakwat kekal buat pertama kalinya, namun keputussan itu ditarik balik beberapa hari sebelum hari mengundi 8 Mac.

Menurut, SPR rancangan itu dimansuhkan atas alasan mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi.

Tiada ulasan: