Isnin, 21 November 2011

Bakun bebas daripada ancaman gempa bumi


MALAYSIA KINI

Empangan Bakun berkapasiti 2,400 MW bebas daripada ancaman gempa bumi, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di beritahu di Kuching hari ini.

Menteri Kemudahan Awam negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini kerana Sarawak bukan terletak di kawasan sering dilanda gempa bumi, dan kemungkinan empangan ini akan menjadi isu keselamatan disebabkan gempa bumi, tidak sepatutnya dibangkitkan.

NONE"Walaupun ini, empangan itu direka dan dibina dengan ciri-ciri keselamatan terhapap sebarang gegaran di kawasan itu," katanya ketika menggulung perbahasan untuk kementeriannya.

Awang Tengah berkata empangan Zipingbu di China, yang direka dan dibina sama dengan empangan Bakun di kawasan aktif seismik, boleh tahan gempa bumi Sichuan dan sehingga kini disahkan selamat.

Beliau juga berkata tarif elektrik di Sarawak masih rendah berbanding dengan Semenanjung walaupun dakwaan bahawa tarif di sini lebih mahal.

"Purata harga elektrik di negeri ini ialah 30 sen/kwh adalah lebih rendah berbanding dengan 33 sen/kWh untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) setelah semakan tarif dilakukan pada Jun tahun ini," kata beliau.

Bagi mengurangkan beban pengguna, Awang Tengah berkata pengguna domestik di Sarawak yang menggunakan 100 unit, diberikan diskaun 10 sen/kWh oleh SESCO dan penggunaan RM20, tidak pelu membayar bil kerana kerajaan memberikan subsidi kepada mereka.

NONE"Pada 2010, jumlah subsidi yang diberikan sebanyak RM11 juta yang telah memberikan manfaat kepada kira-kira 98,000 pengguna, kata beliau.

Beliau juga menjelaskan bahawa cadangan 12 tapak untuk pembangunan tenaga hidro belum lagi dimuktamadkan dan ada keperluan untuk kajian kemungkinan terperinci untuk menentukan jika tapak ini berdaya maju bagi pembinaan empangan tenaga hidro atau sebaliknya.

"Pembinaan empangan ini yang didapati berdaya maju, hanya akan dilaksanakan berdasarkan permintaan yang memenuhi keperluan sektor industri, domestik dan komersil dan juga bagi tujuan eksport jika berlebihan," tambah beliau.- Bernama

Tiada ulasan: