Sabtu, 8 Oktober 2011

Vide & Gambar2: Kakak Ratu Rock Malaysia Sudah Bertudung... Jom Terjah...

SEDAKA SEJAHTERA


Kalau anda masih ingat, sekitar Ramadhan yang lalu kami ada menulis tentang Jojie yang mengenakan imej bertudung sempena menghormati bulan mulia.
Pertemuan kami bersama Jojie beberapa hari lalu di majlis sidang media konsert Whitesnake & Ella mengungkai kisah sebenar di’sebalik imej baru beliau.
Menurut Jojie, kenyataan akhbar Ramadhan lalu yang mengatakan beliau hanya bertudung atau berhijab ketika bulan puasa adalah tidak benar kerana beliau sudah melaksanakan’nya sejak sebelum datangnya Ramadhan.
Jojie juga berkata niat di’dalam hati untuk mengenakan tudung telah lama wujud namun kekuatan itu belum ada sehinggalah suatu hari beliau merasakan sudah sampai masa untuk niat di’laksanakan.
Alhamdulillah perubahan Jojie kekal sehingga ke hari ini dan beliau tidak berniat untuk berubah kembali ke imej asal kerana selesa dengan apa yang beliau ada sekarang.
Tonton video temubual ringkas yang sempat kami rakamkan dalam pertemuan tersebut — ada jawapan Jojie kepada soalan cepumas tentang jodoh & nyanyian live Ella. Enjoice!

Tiada ulasan: