Sabtu, 22 Oktober 2011

Saman terhadap Samy Vellu diselesai luar mahkamah

MALAYSIA KINI

Saman fitnah yang difailkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) P Chithirakala terhadap bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan dua lagi diselesaikan di luar mahkamah.

NONEPerkara itu dicapai selepas Chithirakala memfailkan notis pemberhentian saman di Mahkamah Tinggi pada Selasa lalu.

Peguam beliau, Prakash Lachimanan memberitahu media kedua-dua pihak bersetuju supaya kes saman itu diselesaikan di luar mahkamah.

Pada 4 Nov, 2009, Chitirakala dan suami beliau yang juga ahli perniagaan, K Vasu, memfailkan tiga saman terhadap Samy Vellu, isteri beliau Datin Seri R Indrani dan akhbar Tamil Nesan.

Dalam saman pertama terhadap Samy Vellu, Chithirakala dan suaminya, mendakwa Samy Vellu telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah yang mempunyai kaitan dengan insurans MIED pada 8 Mac 2009, yang disiarkan oleh tiga akhbar harian berbahasa Tamil iaitu Tamil Nesan, Makkal Osai dan Malaysian Nanban.

samy vellu mic agm 110710 01Chithirakala berkata kenyataan itu bermaksud beliau dan suaminya telah berpakat untuk menipu MIED, sayap pendidikan MIC, dan kaum India.

Dalam saman kedua terhadap Indrani, Chithirakala mendakwa isteri bekas Presiden MIC itu memfitnah beliau dalam satu wawancara dengan portal berita Malaysiakini pada 1 Okt tahun ini yang turut disiarkan sepenuhnya oleh Makkal Osai pada 3 Okt 2009.

Chitirakala dalam saman ketiganya terhadap penerbit akhbar harian berbahasa Tamil, Tamil Nesan (M) Sdn Bhd, dan Ketua Pengarangnya, K Padmanabhan, mendakwa mereka menyiarkan artikel berbaur fitnah pada 1 Okt 2009.

Beliau memohon ganti rugi umum dan khas dalam ketiga-tiga saman itu.- Bernama

Tiada ulasan: