Jumaat, 7 Oktober 2011

Raja Muzwin mangkat, PR Perak rakam takziah

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Diraja Perak berikutan kemangkatan Raja Perempuan Raja Muzwin Raja Ariff Shah, yang mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, semalam.

Bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin berkata, pemergian balu kepada Almarhum Sultan Idris Shah II itu dirasai seluruh rakyat negeri itu.

"Saya mewakili Pakatan Rakyat negeri Perak mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Diraja Perak.

"Secara peribadinya, saya saya kenal dengan Almarhumah dan anak-anaknya," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut, jurucakap Istana Iskandariah, Raja Muzwin mangkat pada pukul 4.20 petang.

Jenazah bonda kepada isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah itu dibawa ke Istana Riswin di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak malam semalam dan akan disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Perak selepas solat Jumaat hari ini.

Tiada ulasan: