Sabtu, 22 Oktober 2011

Polis Tarik Baju, Heret halang saya Solat Jumaat - Shamsul Iskandar.

KL POS.COM

GOMBAK - Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar terkejut dengan tindakan pihak polis mengheret dan menarik baju beliau dengan kasar untuk keluar dari Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika jemaah baru sahaja hendak menunaikan Solat Jumaat.

“Saya beritahu saya mahu solat dahulu kerana iqamat mula dibacakan, tetapi mereka kata tidak boleh dan malah mereka juga tidak boleh menunaikan solat."

Beliau juga telah di bawa ke dalam sebuah kereta berjenama Proton Satria berwarna hitam seterusnya dibawa keluar dari Universiti berkenaan.

Shamsul kemudian dihantar ke Masjid Simpang Tiga berdekatan dengan Taman Melewar agar beliau dapat menunaikan Solat Jumaat di Masjid tersebut.

Pihak keselamatan yang turut bersama polis telah mula cuba menahan beliau sebaik sahaja beliau mengambil wuduk sebelum menunaikan solat di Masjid berkenaan.

Shamsul mempertikaikan tindakan pihak polis dan keselamatan yang bukan sahaja tidak berpakaian seragam, malah menyalahgunakan kuasa di dalam sebuah di sebuah IPT yang menjadi tema 'Taman Ilmu dan Budi'.








Tiada ulasan: