Ahad, 9 Oktober 2011

PM kata bentang bajet 'luar biasa'

Abdul Rahim Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan berkata beliau telah membentangkan bajet yang disifatkannya sebagai "luar biasa" semalam.

Katanya, ini kerana rakyat Malaysia pelbagai lapisan termasuk, yang berada di desa, bandar, murid sekolah dan rakyat pelbagai agama dan warna kulit mendapat manfaat daripada bajet 2012.

najib at pekan rawang"Sehingga pembangkang tidak terjawab dan tidak terkata (apa-apa)," katanya kepada hadirin yang membanjiri Pekan Rawang, dalam parlimen Selayang, bagi menyambut kedatangan perdana menteri ke situ.

Perdana menteri berkata, bajet yang dibentangnya di Dewan Rakyat semalam adalah terjemahan gagasan dan falsafah 1Malaysia dengan mengambil kira pertimbangan semua kaum secara adil dan saksama berdasarkan perlembagaan dan Rukun Negara.

"Ada negara di Eropah mempunyai kemampuan untuk membayar (gaji)kakitangan kerajaan untuk enam bulan.

"Selepas itu, tidak ada wang dah. Sudah muflis... Kita bukan sahaja dapat bayar gaji kakitangan kerajaan, tetapi dapat naikkan gaji dan bonus setahun kepada anggota kerajaan," katanya.

Beliau turut mengulangi kandungan bajet semalam bahawa kerajaan memutuskan untuk memansuhkan yuran sekolah rendah dan menengah.

Transformasi nasional


najib in rawang, crowdMalah katanya, pelajar sekolah akan diberikan RM100 pada tahun hadapan sebagai usaha meringankan ibu bapa sekaligus menegaskan agar pelajar mengikuti pelajaran dengan bersungguh-sungguh.

"Inilah BN yang sentiasa memberikan perhatian yang berat. Rakyat didahulukan, (1Malaysia) bukan slogan, tapi diamalkan dan dihayati," katanya sambil mendapat tepukan hadirin.

Dalam ucapan ringkas itu juga, beliau menyatakan harapannya untuk membina negara maju, moden dan progresif dari segi ekonomi, sosial dan politik.

"Sebab itu kita perkenalkan Transformasi Nasional... Kita membawa perubahan politik termasuk akan memansuhkan ISA, akta kediama terhad dan akta buang negeri.

"Ertinya kita menegakkan prinsip rule of law. Kita akan pastikan tidak ada (rakyat) ditahan atas syak wasangka tetapi (mesti) terbukti (sebagai) penjenayah," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat memberikan sokongan kepada BN untuk memastikan Malaysia menjadi contoh dan model kepada negara lain.

najib in rawang, crowd 02"Beri sokongan kepada BN bila tiba masanya," katanya sambil melaungkan "boleh atau tidak".

Hadirin yang berada di hadapannya menjawab: "Boleh".

PM naib bas

Sambut Najib kembali: "Bila tiba masanya... Kalau (pilihan raya) esok, esoklah. Kalau lusa, lusalah".

Katanya-katanya kemudian diiringi dengan gelak ketawa dan tepukan hadirin dan mengakhiri ucapan ringkas selama 15 minit.

Najib kemudiannya menerima memorandum rakyat daripada Ketua Umno Selayang Abdul Syukur Idrus dan beredar menaiki bas untuk menuju ke program beliau seterusnya di Gombak.

Ribuan rakyat di Rawang membanjiri Pekan Rawang, dalam parlimen Selayang, bagi menyambut kedatangan perdana menteri ke pekan itu.

Beliau tiba di pekan tersebut kira-kira 3.45 petang - sejam terlewat daripada masa yang dijadualkan sebelum ini, disambut dengan paluan kompang, tarian singa dan pukulan gendang India.

najib in rawang, meet the peopleKetibaan beliau disambut kira-kira 2,000 orang khususnya daripada masyarakat India dan Cina di Pekan Rawang, yang kini diwakili oleh ADUN PKR Gan Pei Nei.

Mereka bertolak-tolak untuk bersalaman dengan Najib yang juga presiden Umno yang mengadakan lawatan ke situ, selepas mengadakan kunjungan beberapa tempat sejak pagi tadi termasuk di Ijok dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kundang dalam DUN Kuang.

Jalan menuju Pekan Rawang ditutup bagi lalulintas, menyebabkan ribuan rakyat berhimpun membanjiri jalan berkenaan.

Memulakan ucapan beliau kira-kira 3.50, beliau memohon maaf di atas kelewatan beliau tiba pada masa yang dijanjikan disebabkan menghadiri satu majlis perkahwinan yang mana pengantin tiba lewat, berbanding beliau.

Bagaimanapun, katanya, rakyat masih berhimpun di situ sejak jam 1.30 petang bagi menunjukkan sokongan kepada BN.

Tiada ulasan: