Isnin, 3 Oktober 2011

PAS tuntut penjelasan siapa jual tiga pulau di Sabah

MALAYSIA KINI


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), Jumaat lalu menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berhubung bantahan terhadap isu penjualan Pulau Mentukod, Mengalum dan Pandanan sebagaimana yang didedahkan media baru-baru ini.

memorandum bantahan jual pulau di sabahMemorandum diserahkan sendiri oleh ketua DPPNS Lahirul Latigu kepada wakil setiausaha politik Ketua Menteri, Noorlaimah Marjan di Wisma Innoprise, Kota Kinabalu.

"Nyatakan siapakah individu terbabit dan jika urusniaga tersebut dibuat tanpa autoriti pihak terbabit, maka ini boleh dianggap sebagai pencabulan terhadap hak pulau tersebut.

"Perjelaskan juga, bagaimanakah Pulau Montukod dan Pandanan yang berstatus Native Title (NT) boleh dijual di pasaran antarabangsa sedangkan kebenaran (pulau-pulau berkenaan) hanya untuk aktiviti pertanian,” katanya.

Lahirul juga mempersoalkan mengenai status penganugerahan pulau tersebut yang telah dilakukan sebelum ini oleh kerajaan BN.

"Adalah memalukan jika pulau yang memiliki ratusan hektar, yang mempunyai kepentingan maritime dan kedaulatan negara dibiarkan sahaja terlepas kepada pihak asing tanpa ada tindakan prerogative dan bersungguh-sungguh pihak kerajaan mempertahankannya.

"DPPNS mengulangi pendirian agar pihak kerajaan menghalang penjualan pulau-pulau tersebut memandangkan ia akan mendatangkan banyak kerugian terutama kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah," katanya.

azlanMenurut Lahirul, jika sebelum ini, kerajaan BN menerusi Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah, Bab 8 bagi merampas hak Tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya mampu untuk menguatkuasakan undang-undang yang berada di ruang lingkup yang sama bagi menjaga kepetingan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Turut mengiringinya adalah Ketua AMK Sabah Jefri Jomion, wakil Pemuda DAP Sabah dan Pemuda PAS.

Tiada ulasan: