Selasa, 18 Oktober 2011

PAS Selangor: Kami masih perlukan Hasan Ali


MALAYSIA KINI

PAS Selangor bersedia untuk mengeluarkan sepucuk surat lain kepada bekas pesuruhjayanya Datuk Hasan Ali, bagi melantik beliau sebagai ahli jawatankuasa PAS negeri kerana parti itu masih memerlukan khidmatnya.

NONE“Ada yang kata PAS Selangor tak ikhlas. Isu tu tak timbul. Ikut perlembagaan hak parti untuk lantik, hak ahli untuk terima atau tolak.

“Bagi PAS Selangor, kami masih perlukan tenaga dan buah fikiran beliau sebagai exco badan perhubungan,” kata setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman (kanan) pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

“Kalau jadi masalah tentang dua surat perlantikan itu, kami sedia keluarkan surat ketiga untuk Datuk (Hasan Ali) bersama kita,” katanya.

Malah, kata timbalan pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad, pihaknya bersedia untuk menghantar 10 surat.

“Sampai 10 surat pun tak apa,” katanya sambil tergelak.

Hasan, yang merupakan pesuruhjaya negeri sehingga rombakan berikutan pemilihan parti pada pertengahan tahun ini, mendakwa bahawa beliau belum menerima surat pelantikan berkenaan dan dengan itu, tidak akan menghadiri mesyuarat jawatankuasa PAS.

Beliau telah digantikan oleh ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman.

Tinggalkan PAS

Tindakan itu mencetuskan spekulasi bahawa Hasan akan meninggalkan PAS. Pendirian tegas beliau mengenai beberapa isu atas kapasitinya sebagai ahli exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, baru-baru ini juga telah dibidas pelbagai pihak.

Menurut Mohd Khairuddin, rekod sekretariat menunjukkan bahawa Hasan sebenarnya telah menerima surat pelantikkan itu.

hasan ali umno pas selangor talk quality hotel 300708 05Katanya lagi, pelantikan itu, mengikuti prosedur yang digariskan dalam perlembagaan parti dan amalan yang sama seperti apabila Hasan (kiri) adalah pesuruhjaya.

“Isu tak professional atau tindakan di luar norma tak timbul. Ini amalan juga amalan kita masa dia pesuruhjaya, tak ada beza,” katanya.

Mohd Khairuddin juga menjelaskan bahawa, mengikut perlembagaan, ahli yang tidak mahu dilantik ke jawatan mempunyai hak untuk menolak pelantikan itu.

“Kita boleh jumpa dengan beliau dalam masa terdekat untuk tengok mana silap... proses perlantikan ni biasa dan tak perlu ada pertikaian.

“(Kita) tak mau isu ini dipanjangkan sebab PAS Selangor nak tumpu kukuhkan Pakatan dan jentera pilihan raya dalam hadapi pilihan raya umum (akan datang),” katanya.

VIDEO | 3.17 min

Tiada ulasan: