Ahad, 23 Oktober 2011

PAS harap PKR, DAP selesai segera agih kerusi di Kedah

MALAYSIA KINI

PAS Kedah berharap PKR dan DAP menyelesaikan segera masalah pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi perebutan antara kedua-dua parti sebelum pilihan raya umum ke-13 diumumkan.

anwar left kedah mb azizan centre.jpgPesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (bersongkok) berkata walaupun masalah itu hanya membabitkan satu atau dua kerusi, PAS berharap ia diselesaikan dengan segera dan secara baik.

"Biasalah semua orang (parti) hadapi masalah (pembahagian kerusi). DAP lebih fokus kepada kerusi yang disandang oleh PKR. Terpulang kepada mereka untuk berunding. Kita (PAS) sebagai penyelaras jawatankuasa mengharapkan ia diselesaikan dengan baik.

"Kalau DAP boleh yakinkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita akan pertimbangkan meletak calon mereka di kerusi yang diminta," kata Azizan yang juga Menteri Besar Kedah kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat negeri di Seri Mentaloon di Alor Setar, hari ini.

Mengenai pemilihan calon, Azizan berkata PAS tidak meletakkan syarat sama ada calon tersebut muda atau tua asalkan mereka memiliki kriteria untuk menang sudah memadai.

azizan abdul razak lim kit siang kedah dap issue pc 080709 06"PAS tak ada kuota calon muda atau tua cuma kita melihat persekitaran dan kehendak rakyat di kawasan berkenaan untuk pilih calon yang sesuai dengan kehendak rakyat.

"Kalau calon muda umur 21 tahun boleh menang, kita bagi dia jadi calon, tak kisah tua atau muda kerana dalam peperangan mereka kena berperang. Matlamat kita hanya untuk menang," katanya.

Antara penilaian PAS ialah calon hendaklah memiliki tahap kesihatan dan moral yang baik serta tidak kontroversi, kata Azizan dan menambah Pakatan dalam keadaan selesa untuk memenangi pilihan raya umum akan datang. Bernama

Tiada ulasan: