Isnin, 24 Oktober 2011

Najib: Jangan buat andaian siasatan Aziz Bari



Nigel Aw


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) perlu dibenar melengkapkan siasatan ke atas pensyarah undang-undang Profesor Dr Abdul Aziz Bari tanpa orang awam membuat andaian awal dan salah tanggapan terhadap tindakan universiti itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

najib at police function 231011 najib abdul razak"Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui apa yang beliau (Abdul Aziz) maksudkan, jadi hentikan buat andaian,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan perdana bersama perdana menteri dengan pesara dan bekas polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib mengulas kenyataan Abdul Aziz yang mencetuskan kontroversi apabila pakar perlembagaan itu mengulas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemeriksaaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Beliau dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan itu, beberapa pemimpin BN dan Umno serta media yang dikuasai mereka membidasnya sehingga pada Khamis lalu UIA bertindak mengantung tugasnya.

NONENamun, menurut Najib, dakwaan bahawa Abdul Aziz digantung daripada tugasnya adalah sebenarnya “salah tanggapan”.

"Saya difahamkan, ini bukan gantung tugas, ia hanya sementara siasatan dijalankan, bukan gantung kerja. Penggantungan tugas akan bergantung kepada jawapan yang diberikan.

"Pihak universiti sedang menjalankan siasatan dan tumpuan untuk dia (Abdul Aziz) menjawab kes. Ini belum melibatkan tindakan disiplin, hanya siasatan untuk tahu apa yang dia maksudkan... jangan buat andaian awal," katanya.

zaleha kamaruddin uia rectorKenyataan Najib itu senada dengan pendapat Rektor UIAM Profesor Datuk Zaleha Kamaruddin yang berkata tindakan menggantung tugas pensyarah undang-undang itu bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan.

Bagaimanapun ia bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, semalam yang menasihatkan rektor UIA supaya menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Abdul Aziz.

Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas Jumaat lalu bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan.

Tiada ulasan: