Selasa, 18 Oktober 2011

Kelantan tidak bubar DUN serentak




PETALING JAYA: Kerajaan negeri Kelantan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan kerajaan pusat, kata orang nombor dua PAS Kelantan, Datuk Husam Musa.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, kerajaan negeri mempunyai pertimbangan untuk membubarkan DUN sehingga tempoh berakhir pada bulan Mac 2013.

“Perkara ini telah dibincangkan di peringkat pimpinan kerajaan Kelantan dan kita membuat pertimbangan untuk membuat pilihan raya DUN selepas enam bulan kerajaan pusat membubarkan parlimen.

“Keputusan itu dibuat kerana tidak mahu negara terlalu banyak berpolitik…kalau banyak sangat berpolitik macam mana nak buat kerja,” katanya yang juga exco kanan kerajaan negeri Kelantan.

Husam berkata, bagaimanapun, tarikh sebenar DUN Kelantan akan diumumkan sebaik sahaja kerajaan pusat membubarkan parlimen

Tiada ulasan: