Selasa, 18 Oktober 2011

Hujahan akhir pembelaan kes Anwar - 23, 24 November


MALAYSIA KINI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini menetapkan 23 dan 24 November depan bagi mendengar hujahan pada akhir kes pembelaan sebelum membuat keputusan kes liwat membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan demikian selepas selesai mendengar keterangan empat saksi penyanggah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan hari ini.

Mahkamah, katanya, hanya akan menentukan tarikh keputusan selepas selesai mendengar hujahan.

Tiada ulasan: