Ahad, 23 Oktober 2011

HIMPUN: Kehadiran Hasan Ali curi perhatian

Salhan K Ahmad
Kehadiran beberapa pemimpin PAS di Perhimpunan Sejuta Umat menjadi perhatian wartawan dan pemerhati di Stadium Shah Alam hari ini.

Antara pemimpin berkenaan ialah exco hal ehwal agama Islam Selangor, Datuk Hasan Ali dan juga ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.

Khimpun rally hasan ali speakingehadiran pemimpin berkenaan menjadi perhatian ekoran keputusan PAS untuk tidak menyertai perhimpunan berkenaan.

Hasan langsung tidak memberikan sebarang ucapan dan hanya mengetuai bacaan doa munajat sebelum majlis berkenaan berakhir tepat waktunya pada jam 6 petang.

Kamaruzaman pula telah menyampaikan ucapan, tetapi memberitahu Malaysiakini bahawa berbuat beliau berbuat demikian dalam kapasitinya sebagai ketua Front Anti-Murtad (Forkad).

Beliau turut membacakan satu sajak nukilan ketua pemuda PAS, Nasrudin Hasan di akhir ucapannya.

Nasrudin merupakan penasihat Forkad, katanya terdahulu ketika ditemui Malaysiakini.

Seorang lagi pemimpin PAS - bekas timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa - turut dikatakan akan muncul dalam program berkenaan hari ini.

Malaysiakini bagaimanapun tidak menyaksikan beliau berada di program berkenaan hari ini.

Mengulas kehadiran pemimpin PAS itu, penganjurnya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Hasan tidak bersalah dalam soal kehadiran sebagai seorang individu Islam ke majlis berkenaan.

"Saya tidak rasa dia melanggar disiplin parti," katanya ketika ditanya dalam sidang media selepas perhimpunan itu berakhir lewat petang ini.

Tiada ulasan: