Isnin, 31 Oktober 2011

Empangan Bengoh S'wak: Kos melimpah RM58 juta

Aidila Razak

Perancangan yang tidak sempurna mengenai penempatan semula penduduk pribumi yang menghuni sekitar Empangan Bengoh di Sarawak mungkin menyebabkan kelewatan berpanjangan bagi projek yang menalan perbelanjaan RM310.65 juta itu.

NONEWalapun jemaah menteri masih mempertimbangkan beberapa pilihan, Ketua audit Negara dalam laporan 2010 menganggarkan bahawa kelewatan tersebut boleh menyebabkan kos tambahan sehingga RM58.37 juta lagi.

Menurut laporan itu, kelewatan adalah kerana sebahagian daripada 1595 pribumi yang terjejas dengan projek itu tidak mahu menerima pampasan yang ditawarkan oleh kerajaan.

Empangan yang 97.3 peratus siap, tidak boleh diisi dengan air mengikut jadual sehingga semua penduduk pribumi sekitar kawasan itu dipindahkan.

Jika tidak diisi dengan air, peralatan mekanikal dan elektronik empangan itu tidak boleh diuji mengikut jadual.

NONESejumlah RM30.87 juta telah diperuntukkan untuk pampasan dan perolehan tanah tetapi 26 orang telah menolak tawaran sebanyak RM1.44 juta setiap seorang.

Sehingga Mei 2011, RM800,000 telah dibayar daripada jumlah RM11.78 juta yang diperuntukkan bagi pampasan bagi bangunan itu.

"Skim penempatan semula penduduk pribumi di Bengoh sepatutnya diselesaikan lebih awal selaras dengan pembinaan dan jadual mengisi air ... supaya kerajaan tidak perlu menanggung kos tambahan.

"Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu memastikan bahawa kelewatan ini tidak menyebabkan kerosakan teknikal kepada peralatan mekanikal dan elektronik yang tidak boleh dipasang itu," petik laporan itu.

Tiada ulasan: