Isnin, 24 Oktober 2011

Cukai Pintu; Rakyat tanggung keghairahan kerajaan Umno/BN



Disebalik pengisytiharan manifesto PAS yang berhasrat mengecualikan cukai pintu rumah kediaman, ramai rakyat khususnya penduduk Kuala Terengganu tidak tahu bahawa sebenarnya mereka menanggung akibat ‘ghairah’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Pada 1 Januari tahun 2008, dengan ‘ghairahnya’ Kuala Terengganu (KT) telah diisytiharkan ‘secara paksa’ menjadi sebuah ‘bandaraya’ tanpa memenuhi syarat yang ditetapkan secara kendiri.

Antara ‘pemaksaan’ yang di lakukan oleh kerajaan Umno/BN sanakan adalah meluaskan sempadan bandar KT supaya ia mencapai sehingga 295,000 orang, hampir memenuhi syarat sebuah bandaraya yang mesti mempunyai penduduk seramai 300,000 orang.

Pemaksaan kedua adalah, kerajaan Terengganu dipaksa menanggung beban kurangan hasil KT sebanyak RM50 juta setiap tahun.

[Gambar - Keghairahan baru Mad Said, Kuala Terengganu City Centre, sebagaimana dilancarkannya pada 20 Oktober baru-baru ini yang dijangka menelan belanja ribuan juta ringgt lagi]

Ia dilakukan demikian supaya mencukupkan hasil kutipan tahunan yang berjumlah RM30 juta kepada RM80 juta setahun, yang menjadi pra-syarat sebagai sebuah bandaraya.

Suntikan wang dari ‘kantung’ kerajaan menggunakan wang rakyat itu kekal sehingga hari ini.

Oleh itu, tindakan PAS mahu mengembalikan amalan pengecualian cukai pintu rumah kediaman sebagaimana yang telah dilaksanakan pada tahun 1999 hingga 2004, adalah amat wajar, kerana sememangnya kerajaan telah pun menanggungnya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dalam beberapa kenyataannya telah menyalahkan rakyat yang menyebabkan beban itu ditanggung oleh kerajaan.

Katanya kegagalan penduduk menunaikan tanggungjawab membayar cukai pintu menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan RM50 juta setahun bagi menampung kos operasi dan pembangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Selain itu, beliau bercita-cita untuk menaikkan kadar cukai pintu MBKT yang menurutnya tidak pernah dinaikkan sejak 29 tahun lalu.

Menurutnya, sudah dua kali kajian mengenainya dijalankan kerajaan negeri dan didapati bukan sahaja rakyat menolak bahkan rakyat ‘mengugut’ kerajaan

Rakyat Terengganu khususnya warga KT sudah celik dan tidaklah ‘sebodoh’ yang disangkakn Umno/BN.

Mereka tidak menerima bulat-bulat cadangan kerajaan menaikkan cukai pintu kerana mereka sudah ‘membaca’ dan terus memerhati gelagat pemimpin Umno/BN.

Sejak Umno/BN merampas kerajaan daripada PAS pada tahun 2004, sehingga kini, lebih RM6 bilion (Enam Ribu juta Ringgit) telah dibelanjakan kerajaan dari hasil royalti.

Jadi, apa salahnya, dengan wang yang begitu banyak, rakyat mendapat sedikit ‘nikmat kebajikan’ tanpa mengira fahaman politik dan kecenderungan ‘kroni’.

Walaupun kerajaan menabur pelbagai janji dengan mencanangkan pelbagai projek pembangunan dan bantuan, namun hasilnya bukan dinikmati seluruh rakyat.

Sebagai contoh, agihan wang ehsan dana raya bernilai RM60 juta pada tahun ini, tahun 2011.

Mereka yang medapat wang tersebut hanyalah dikalangan suku sakat dan kroni Umno dan Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK).

Rakyat yang benar-benar berhajat, susah dan miskin, tidak menikmatinya.

Umno/BN Terengganu perlu sedar, sekarang adalah zaman ICT, maklumat dihujung jari.

Ramai rakyat Terengganu yang tinggal diluar, walaupun jaraknya jauh, tetapi mereka terlalu ‘rapat’ dengan setiap perkembangan yang berlaku di Terengganu.

Sebagai contoh, diperturunkan apa yang dikutip melalui perbualan mereka dalam alam siber seperti dibawah;

>>> Baca lagi dari sumber>>>

Tiada ulasan: