Sabtu, 8 Oktober 2011

Bajet: Pembangkang mati akal untuk serang k'jaan, kata PM

MALAYSIA KINI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tuduhan pembangkang bahawa Bajet 2012 tidak realistik, menunjukkan mereka mati akal dan tidak mempunyai jawapan bagi menyerang kerajaan.

Beliau berkata Bajet 2012 yang dibentangkan semalam merupakan sesuatu yang boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan serta bukan hanya janji-janji kosong.

"Untuk Bajet 2012 kita guna pakar-pakar dari Kementerian Kewangan, Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan lain-lain, bukan pak pandir. Semua pandai-pandai dan ada kelulusan Phd.

"Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat, kita tidak tipu rakyat. Sebaliknya ia merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa berucap pada majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee, Ijok di Kuala Selangor hari ini, lapor Bernama.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bajet yang diumumkan kerajaan hari ini sebagai tidak realistik kerana tidak dapat menangani defisit belanjawan yang semakin bertambah.

Katanya, peningkatan defisit itu tidak pernah ditangani walau dalam bentuk perbelanjaan, dan ketua umum PKR itu mengesyaki BN akan membentangkan satu belanjawan tambahan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

"Jelas ia merupakan helah pilihan raya," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Tiada ulasan: