Selasa, 25 Oktober 2011

Audit: PAC panggil 7 agensi, kementerian



MALAYSIAKINI

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil tujuh agensi dan kementerian untuk siasatan berdasarkan laporan audit yang dikemukakan ke parlimen hari ini.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidPengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid (kiri) berkata, jawatankuasa itu memutuskan demikian selepas mendengar taklimat oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang di bangunan parlimen hari ini.

Kementerian terbabit ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; dan juga Kementerian Pengangkutan.

Turut dipanggil ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri serta Stadium Negara Corporation.

Senarai agensi dan kementerian yang akan dipanggil itu juga akan diputuskan pada minggu depan, kata Azmi lagi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Tiada ulasan: