Khamis, 8 September 2011

Selangor sambut Kemerdekaan dan Hari Malaysia 16 September


SHAH ALAM – ‘Selangorku Berjaya, Rakyat Sejahtera’ menjadi tema bagi program sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat negeri Selangor pada 16 September ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Program di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor ini akan bermula pada jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.

Persembahan kebudayaan, pertunjukan seni mempertahankan diri daripada pelbagai kaum, persembahan pancaragam sekolah-sekolah serta persembahan daripada pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan adalah antara acara-acara yang dipersembahkan.

Dalam pada itu, kemuncak sambutan akan dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.

Semua rakyat Selangor dijemput menghadiri program ini bagi memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 dan hari pembentukan Malaysia.

Tiada ulasan: