Rabu, 28 September 2011

Saman RM200j Tajudin masih dirunding

Hafiz Yatim


Kes saman RM200 juta bekas Pengerusi Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli terhadap sebuah portal berita kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah masih dalam proses penyelesaiaan luar mahkamah setelah persetujuan dicapai Jumaat lalu.

Peguam The Malaysian Insider, George Miranda memberitahu pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bahawa kedua-dua pihak bersetuju merekodkan penyelesaian Jumaat lepas.

Perkara itu dimaklumkan kepada hakim Harmindar Singh Dhaliwall di kamar hari ini.

"Kami tidak boleh dedahkan terma penyelesaian kerana ia masih berjalan."

Turut hadir peguam Lim Kian Leong yang mewakili Tajudin.

azlanPada 18 Ogos lalu, Tajudin memfail saman RM200 juta terhadap portal itu berikutan penerbitan artikel yang didakwanya memfitnah beliau.

Beliau menamakan syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd sebagai defendan pertama serta ketua pegawai eksekutif, Jahabar Sadiq dan wartawan Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan kedua dan ketiga.

Tajudin yang menerajui syarikat penerbangan itu dari 1994 hingga 2001, mendakwa portal berita berkenaan menerbitkan kata-kata fitnah dalam sebuah artikel pada 31 Mei 2011.

Beliau turut mendakwa portal terbabit mengulang beberapa kata-kata fitnah menerusi artikel lain walaupun telah dipohon menerusi surat supaya tidak berbuat demikian, dan pengulangan itu menunjukkan portal terbabit berniat jahat.

Tiada ulasan: