Isnin, 12 September 2011

PRU-13: MCA juga sanggup tukar kerusi

MALAYSIA KINI


MCA sanggup bertukar kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

spad meeting mca and jalan sultan shop owners 230811 chua soi lekPresidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata pihaknya bersedia berbuat demikian sekiranya langkah itu dapat memastikan kejayaan lebih besar kepada BN.

"Kita sokong idea itu kerana melihat dalam konteks yang lebih besar iaitu BN dapat membentuk kerajaan," katanya kepada pemberita di Wisma MCA, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk G Palanivel semalam bahawa parti itu bersedia untuk bertukar kerusi dengan parti komponen BN yang lain pada PRU ke-13.

Dr Chua juga berkata, pemimpin pusat parti itu sedang memberi talkimat kepada pemimpin akar umbi bagi mempersiapkan mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
- Bernama

Tiada ulasan: