Ahad, 4 September 2011

PKR Ucapkan Takziah Kematian Jurukamera

Ditulis oleh Naeem Raffi


PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) merakamkan ucapan takziah diatas kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor yang mati terbunuh setelah terkena tembakan penembak curi ketika bertugas dalam Misi Kemasnusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, petang semalam waktu tempatan

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan medianya hari ini menyifatkan Kematian Noramfaizul sebagai suatu insiden yang mengejutkan warga Malasyia kerana tragedi itu berlaku ketika umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri.

"Saya mewakili KEADILAN ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul dan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang soleh, apatah lagi beliau pulang ke rahmatullah pada bulan Hari Raya fitrah yang mulia ini dan ketika menjalankan kerja-kerja kebajikan dengan penuh dedikasi dan keberanian," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Allahyarham menemui ajal ketika beliau dan lima yang lain sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

Kejadian tersebut diloprkan berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan semasa sekumpulan mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

Wartawan Aji Saregar Mazlan juga dimaklumkan cedera dalam insiden sama.

Allahyarham yang ditembak di bahu kanan menembusi paru-parunya disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan cemas kira-kira setengah jam kemudian.

Tambah Nik Nazmi, tragedi kemanusiaan kebuluran di Somalia hari ini menjadi bertambah dasyat dan kritikal apabila ia berterusan menerima cengkaman pihak militia.

"Apa yang menyedihkan ianya terus kritikal, sekiranya wujud kesungguhan di kalangan masyarakat antarabangsa, masalah ini dapat diatasi," katanya

Noramfaizul, 41 tahun, meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.

Tiada ulasan: