Khamis, 29 September 2011

Permohonan Najib, Rosmah didengar Isnin ini

MALAYSIA KINI
[Ikuti laporan langsung]

Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mahu mereka tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan akan diputuskan oleh Makamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin ini.

azlanPada perbicaraan hari ini, semua peguam pasangan itu - Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan and Ghazi Ishak hadir.

Mereka kemudiannya bersama peguambela Anwar berbincang di kamar hakim.

Peguam Najib dan Rosmah, Ghazi Ishak sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa afidavit jawapan dari Anwar hanya diterima hari ini.

"Kami mohon masa untuk mendapatkan arahan daripada anak guam kami jika terdapat apa-apa untuk dijawap.”

Peguambela utama, Karpal Singh berkata pihak pembelaan tidak mempunyai bantahan tetapi ingin tahu sama ada pihak pendakwaan akan memfailkan afidavit.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata mereka tidak akan berbuat demikian.

Najib dan Rosmah membuat permohonan mengketepikan sepina itu pada Rabu lalu melalui peguam cara mereka Hisyam Teh Poh Teik, - yang mana antara lain, mereka menafikan berkonspirasi untuk mengenakan Anwar.

NONENajib telah bertemu dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum kejadian liwat yang didakwa itu berlaku dan dikatakan telah meminta pengadu membawa aduannya kepada pihak polis.

Semalam, Anwar menjawab afidavit Najib dan Rosmah di mana beliau berhujah bahawa terdapat beberapa isu-isu dan soalan yang mana pasangan yang berkuasa itu perlu jawab di mahkamah.

Bagi Rosmah, beliau juga didakwa pernah berjumpa dengan rakan Saiful, Mohd Rahimi Osman, sebelum kejadian itu.

Tiada ulasan: