Selasa, 6 September 2011

'Perbalahan dalam BN tak jejas peluang dalam p'raya'

S Pathmawathy


Ketegangan yang timbul di kalangan pemimpin BN Melaka tidak akan menjejaskan peluang parti itu dalam pilihan raya umum akan datang, menurut beberapa orang pemimpin kanannya.

Antaranya setiausaha agung Gerakan, Teng Chang Yeow yang berpendapat bahawa keputusan pilihan raya biasanya "hanya terkesan daripada isu di luar kawasan."

Teng sebelum ini membuat kritikan keras ke atas Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ekoran kenyataan ketua menteri Melaka itu berhubung calon yang perlu diletakkan ke atas kawasan DUN Bachang dalam pilihan raya selepas ini.

Katanya, hanya calon yang "boleh menang" sahaja perlu diberi peluang bagi memenangi kerusi tersebut yang gagal diraih Gerakan dalam pilihan raya umum tahun 1999 dan 2008.

Teng dalam satu surat terbuka dua hari lalu menyebut, kenyataan Mohd Ali itu seolah-olah satu ugutan dan menguatkan lagi spekulasi bahawa pilihan raya umum mungkin akan dijalankan pada hujung 2011 atau pada awal tahun depan.

Katanya, beliau berasa "meluat" dengan tindakan sesetengah pemimpin dalam Gerakan Melaka yang mengutuk pemimpin parti itu ketika berada di hadapan Mohd Ali.

"Saya mahu beri amaran kepada orang ini supaya tidak memburuk-burukkan pemimpin Gerakan Melaka demi kepentingan mereka.


Katanya lagi, individu berkenaan hanyalah kumpulan yang kecewa kerana tidak dipertimbang sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Tiada ulasan: