Selasa, 13 September 2011

Pecat Tsu Koon, Jika BN Mahu Menang

KL POS.COM

PULAU PINANG, 13 Sept 2011 - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng menyarankan Barisan Nasional (BN) perlu segera memecat Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon daripada memegang sebarang jawatan sama ada dalam parti atau Kabinet jika mahu merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Tegas beliau, peluang untuk merampas semula Pulau Pinang sebenarnya cerah jika BN serius mahu menggantikan Tsu Koon yang kini dilihat hanya menjadi liabiliti besar dalam parti dan BN.

Beliau turut berkata maklum balas dari akar umbi jelas muak dan tidak gembira melihat aksi Tsu Koon seperti Timbalan Perdana Menteri sentiasa 'mengikut' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kemana sahaja.

Tee Beng turut berkata suara akar umbi di Pulau Pinang kerap mempertikaikan tugasnya sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang dilihat tidak berfungsi.

"Justeru, jika mahu mendapat kembali sokongan sepenuhnya daripada mereka, Tsu Koon perlu dipecat," ujar beliau.


Tiada ulasan: