Selasa, 6 September 2011

PAS mahu Najib tulis semula sejarah pejuang kemerdekaan

Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata PAS menyatakan kesediaan mereka untuk menghantar wakil parti itu bagi menyertai jawatankuasa tersebut.



KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS Pusat hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi menulis semula sejarah kemerdekaan negara sebagai menghargai jasa tokoh kemerdekaan dengan tepat dan adil.

Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata PAS menyatakan kesediaan mereka untuk menghantar wakil parti itu bagi menyertai jawatankuasa tersebut.

Menurut Salahudin, tawaran tersebut terbuka kepada kerajaan dan mereka perlu ikhlas dalam usaha menubuhkan Jawatankuasa Kabinet itu.

“Umno perlu ikhlas tubuh Jawatankuasa Kabinet dalam menulis sejarah semula. Ini tawaran terbuka. Najib umum tulis sejarah kemerdekaan negara dan sejarah itu perlu ditulis dengan adil dan tepat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, Selasa.

Setiausaha Agong Datuk Mustafa Ali pula berkata PAS berpendirian menolak sebarang ideologi dan perjuangan komunis.

Beliau berkata tidak timbul sebarang usaha mahupun kenyataan yang menyokong perjuangan komunis,namun perjuangan oleh Mat Indera juga diiktiraf.

`Pengukir Nama Johor’

“Rasa perasaan Mat Indera bagaimana bila dikatakan komunis? Sedangkan tercatat sejarah mengenai Mat Indera dalam buku ‘Pengukir Nama Johor’. Mat Indera perjuang yang tepat dan benar. Umno buat jenayah cakap Mat Indera komunis.

“Tak dinafi pejuang-pejuang Umno tapi sejarah kemerdekaan perlu ditulis dengan tepat.PAS tidak sedikit pun membela perjuangan komunis.

“Pendirian PAS menolak perjuangan komunis. Namun yang penting perspektif sejarah itu kerana sejarahnya perlu ubah. Maka betulkan sejarah,”katanya acap kali berhubung penulisan semula mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia.

Mustafa berkata tindakan Umno itu sebagai menutup penyelewengan mereka dalam perkara seperti daftar pemilih yang disifatkan sebagai ‘hangat-hangat taik ayam’.

Menyentuh mengenai buku ‘Pengukir Nama Johor’ yang tercatat sejarah mengenai Mat Indera, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula berkata orang Johor berbangga dengan tokoh pejuang terbabit.

Malah beliau sempat meluangkan masa bertemu dengan adik Mat Indera di Johor namun dihalang oleh pihak polis.

Bercakap mengenai tindakannya terhadap akhbar Utusan Malaysia,Mat Sabu berkata beliau akan berbincang mengenai hal itu dengan peguam malam ini.

“Saya akan bincang dengan peguam malam ini tentang penyelewengan laporan Utusan yang jauh daripada apa yang saya ucapkan.

“Selain itu, saya nak beritahu mengenai tawaran peguam PAS dari Johor yang mahu membantu keluarga pejuang Bukit Kepong untuk mendapatkan pampasan daripada British..ini bagi membela mereka kerana pada ketika itu bendera adalah Union Jack,” katanya.

Tiada ulasan: