Ahad, 25 September 2011

NCR: Penduduk menang kes saman pembalak

MALAYSIA KINI


Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak telah mengisytiharkan bahawa lesen pembalakan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hutan Sarawak yang meliputi tanah adat (NCR) adalah tidak sah.

Dalam penghakimannya di Sibu semalam, Hakim Yew Jen Kie memutuskan bahawa oleh kerana lesen balak adalah tertakluk kepada hak tanah adat plaintif, maka lesen itu mesti dipinda untuk mengecualikan tanah-tanah berkenaan.

NONESaman itu difailkan dua tahun lalu oleh ketua Rumah Panjang Gayan serta tiga yang lain bagi pihak penduduknya dan 15 lagi di Krian, terhadap Vita Hill Sdn Bhd, pengarah perhutanan Sarawak dan kerajaan negeri.

Mengalu-alukan keputusan itu, ADUN Ba'Kelalan, Baru Bian (kanan) - peguam yang mewakili kumpulan itu - berharap kerajaan negeri tidak akan merayu terhadap keputusan tersebut.

"Kami mengalu-alukan keputusan ini dan berharap ia akan memberi inspirasi kepada yang lain untuk mempertahankan tanah NCR mereka di Sarawak, walaupun ada kemungkinan kerajaan negeri akan merayu terhadap penghakiman yang memihak kepada kaum pribumi Sarawak seperti dalam kes-kes lain yang dimenangi sebelum ini.

"Jika benar kerajaan negeri dan pemimpin politiknya berpegang kepada kata-kata mereka untuk menghormati tanah NCR di Sarawak dan penghakiman mahkamah seperti ini, maka mereka tidak seharusnya merayu terhadap penghakiman ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tiada ulasan: