Selasa, 27 September 2011

MALAYSIA KINI


Lynas Corporation Ltd menolak dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang itu, kerana anak sulungnya, Datuk Mokzhani mempunyai kepentingan dalam projek berkenaan.

"Kontrak itu ... yang bernilai keseluruhannya kira-kira RM9.1 juta mewakili sebahagian kecil daripada pendapatan tahunan Kencana Petroleum Bhd," kata peguam Lynas Andrew Arnold dalam sepucuk surat hari ini.

mokhzani mahathir"Ia sangat tidak betul... bagi mencadangkan Mahathir akan tahu ataupun mengambil berat tentang kontrak yang agak kecil dan tidak seberapa yang dibuat oleh anak syarikat Kencana Petroleum Bhd."

Mokzhani Mahathir (kiri) adalah ketua pegawai eksekutif Kumpulan Kencana Petroleum Bhd, yang anak syarikatnya diberikan kontrak dalam proses tender terbuka oleh Lynas.

Khamis lalu, kumpulan aktivis alam sekitar Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) mendedahkan bahawa syarikat itu berjaya mendapat kontrak untuk mereka bentuk, memasang, membekalkan talian, keluli karbon dan tangki keluli tahan karat.

Sehubungan itu, Lynas menuntut permohonan maaf berhubung dakwaan itu dan tuntutan lain oleh SMSL yang dilaporkan dalam sebuah portal berita.

Dakwaan lain yang disangkal oleh Lynas adalah bahawa HSBC Bank Australia telah menjual sahamnya dalam syarikat itu yang bernilai jutaan dolar bagi mengelakkan publisiti yang buruk.

Tiada ulasan: