Selasa, 6 September 2011

Mahkamah tangguh pengambilan tanah projek MRT


KUALA LUMPUR - Pengambilan sembilan lot tanah di kawasan Bukit Bintang untuk pembangunan Projek Mass Rapid Transit Lembah Kelang Jajaran Sungai Buloh-Kajang (MRT) Klang Valley-Sungai Buloh-Kajang tidak akan diteruskan sehingga 15 September.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini melanjutkan penangguhan interim terhadap pengambilan sembilan lot tanah itu sehingga tarikh tersebut.

Pada 5 Ogos dua pemilik tanah berdaftar dan tiga syarikat menfailkan permohonan penangguhan untuk semakan kehakiman bagi mencabar pengambilan sembilan lot tanah itu oleh kerajaan.

Dua pemilik tanah berdaftar itu ialah LTS Resources Holdings (M) Sdn Bhd dan Pedoman Cekap Sdn Bhd manakala tiga yang lain ialah syarikat induk T.S.Law Corporation serta dua subsidiarinya; LTS Properties (M) Sdn Bhd dan LTS Capital Sdn Bhd.- Bernama

Tiada ulasan: