Sabtu, 24 September 2011

Mahathir si Machiavelli kutuk Mat Sabu dan perlekeh Najib

Maria Begum, Malaysia Chronicle

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad meningkatkan serangan pisikologi terhadap Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pertama, beliau tidak mahu Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya umum. Beliau juga tidak mahu Najib untuk memenangi jawatan presiden Umno Selepas PRU-13.

Jadi apa yang beliau lakukan? Beliau menyerang satu dari hadapan dan satu lagi dari sisi. Mahathir yang berusia 85 tahun mungkin seorang yang veteran dan telah memerintah Malaysia dengan kuku besi selama 22 tahun tetapi beliau masih licik seperti biasa.

Dalam majlis awam baru-baru ini, Mahathir memberitahu yang hadir di majlis yang diadakan di Kuala Selangor bahawa pentadbiran Najib tidak sepatutnya menangkap dan mengenakan tindakan ke atas Timbalan Presiden PAS itu. Sebaliknya, mereka sepatutnya mengharapkan 1,000 orang seperti Mat Sabu wujud dalam PAS.

Menurut Mahathir, Mat Sabu telah merosakkan PAS dan jika dia masih Perdana Menteri, beliau akan membayar ahli-ahli PAS untuk "bercakap karut" seperti Sabu dan menyakitkan hati rakyat.

"Jika nak memberi tekanan, gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri, tapi saranan saya: biarkan sahaja dia itu. Jika ada 1000 orang seperti Mat Sabu dalam PAS, mereka akan mengatakan hal-hal yang akan menyakiti perasaan orang ramai dan mereka ini akan mengundi BN, "Mahathir berkata kepada kira-kira 400 orang yang hadir.

"Pegawai veteran sangat marah kepada Mat Sabu walaupun mungkin ada penyokong PAS di kalangan dan mereka ini mungkin akan mengundi kita. Jadi mengapa kita harus ambil tindakan terhadapnya?" soal beliau.

Machiavelli Mahathir

Para pengkritik bagaimanapun kurang yakin terhadap apa yang diperkatakan beliau kerana ia adalah gaya ala-ala Machiavelli beliau yang sangat kita kenali.

"Biasanya ia mungkin mempunyai efek yang bertentangan dan ini gaya Dr M. Adalah satu langkah yang bodoh oleh pihak Umno untuk menangkap dan mengenakan tindakan terhadap Mat Sabu. Ia akan mengakibatkan Umno kehilangan banyak undi dari golongan menengah Melayu, tetapi sudah tentu, Mahathir tidak boleh mengatakan itu, " Kata MP Kuala Krai Hatta Ramli kepada Malaysia Chronicle.

Pada hari Rabu yang lepas Najib membuat pengumuman secara besar-besaran dengan mengisytiharkan yang beliau akan menjadikan Malaysia sebuah negara "demokrasi terbaik" dengan mencadangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan enakmen undang-undang penggantian baru. Mat Sabu (dalm gambar berbaju kuning) dalam lebih kurang seminggu lebih selepas itu telah ditangkap dan didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas dakwaan fitnah terhadap kerajaan.

Pendakwaan ini telah didebatkan dalam Malaysia, dan NGO antarabangsa juga telah menyertai perdebatan mengutuk pentadbiran Najib kerana penyalahgunaan kuasa dan menjejaskan hak asasi manusia untuk kebebasan bersuara.

Kemarahan orang Melayu dan kritikan antarabangsa

Mat Sabu dalam ucapan beliau pada 21 Ogos berkata terdapat pejuang kebebasan yang lain dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu selain Umno. Walau bagaimanapun, akhbar Utusan milik Umno menuduh beliau memuji komunis yang menyerang balai polis pada tahun 1950, dan mengatakan mereka ini adalah wira yang sebenar dan bukan polis yang terbunuh dan keluarga mereka.

Sabu telah menafikan laporan Utusan dan mempunyai pita video ucapan yang dibuatnya pada malam itu. Beliau juga telah melancarkan satu saman fitnah terhadap Utusan tetapi ia tidak menghentikan pemimpin-pemimpin Umnountuk terus cuba menjatuhkan PAS dengan perkara itu.

Walau bagaimanapun, dengan memperbesar-besarkan isu ini, ia telah juga kembali kepada mereka sendiri kerana mewujudkan rasa tidak puas hati orang Melayu dengan Umno yang menggunakan taktik langgar lari. Badan-badan antarabangsa juga mengkritik Najib kerana putar belit dan kepura-puraan.

"Perbahasan dan pertikaian ke atas fakta sejarah mesti dialu-alukan kerana sejarah bukanlah sesuatu yang pasti; fakta mungkin berubah akibat penemuan maklumat baru dan pemerhatian kritikal," kata wakil Armed for the Quill yang berpangkalan di Norway, Shaharul Anwar Shafie

"Kerajaan tidak boleh menerima sesuatu peristiwa sejarah dengan bulat dan juga tidak seharusnya memaksa orang lain menerima tafsiran mereka tentang mana-mana peristiwa bersejarah. Tindakan sedemikian menafikan rakyat kebebasan berfikir dan bersuara."

Dalam Umno, mereka yang ingin berkuasa dan puak-puak tertentu telah mula melukis garisan pertempuran untuk menghadapi pemilihan dalaman Umno yang akan diadakan tahun depan. Najib yang tidak menyinar itu dijangka akan disingkirkan oleh Muhyiddin Yassin timbalan beliau, yang mempunyai sokongan yang kuat daripada Mahathir, antara tokoh yang paling berpengaruh dalam parti.

Tiada ulasan: