Khamis, 8 September 2011

KKK Hanyalah Seorang Pengkaji Sejarah

SABAH DAILY

Profesor Khoo Kay Kim hanyalah seorang pengkaji sejarah. Sebagai pengkaji sejarah, konklusi beliau terhadap sesuatu isu bergantung kepada sumber. Sekiranya sumber itu, tepat maka tepatlah catatannya dan sekiranya sumber itu tersasar, maka tersasarlah ilmunya.

Dalam kes Mat Indera, beliau mengatakan bahawa sosok itu bukan seorang pejuang kemerdekaan malah dikatakannya pula sebagai orang seberang.

Memang kita akui beliau ada sumbernya tetapi soalnya tepat atau tersasarkah rujukannya itu. Siapakah pengkaji sejarah lain yang sependapat dengan beliau? Tidak mustahil ada dalam kalangan cedikiawan sejarah yang lain tidak sependapat dengan beliau cuma mereka tidak mahu memberi point percuma untuk Mat Sabu dan PAS.

Profesor ini walaupun terbuka fikirannya namun dalam isu sejarah Mat Indera ini beliau kelihatan angkuh dengan ilmunya apabila meminta ( semacam mengarah) Mat Sabu datang ke pejabatnya untuk mendapat syarahan percuma daripadanya.

Beliau merasakan bahawa pengetahuannya tentang Mat Indera dan sejarah perjuangan kemerdekaan cukup padat dan tidak dapat dipersoalkan lagi oleh tokoh dan sejarawan yang lain. Kita percaya bahawa ramai tokoh dan sejarawan lain yang tidak sependapat dengan beliau. Cuma mungkin mereka ini berada di 'sebelah sana'.

Mereka lebih rela berdiam diri daripada menyanggahi leteran Prof. ini daripada memberi kredit kepada pihak di 'sebelah sini'.Jadi tak perlulah Prof KKK begitu angkuh sehingga merasakan pendapatnya sahaja yang boleh diterimapakai dalam perkara berkaitan sejarah tanahair.

Beliau perlu sedar bahawa beliau hanyalah pengkaji sejarah yang terdedah kepada segala sumber sama ada benar atau palsu. Ini hakikatnya. http://sembur.blogspot.com

Tiada ulasan: