Khamis, 15 September 2011

KITA gantung ahli JK pusat, tamat khidmat setiausaha

MALAYSIA KINI


Parti KITA yang baru ditubuhkan mengumumkan penggantungan keahlian seorang pemimpin utamanya dan penamatan khidmat setiausaha parti itu.

NONEMereka adalah anggota jawatankuasa pusat, Muhammad Firdaus Christopher dan setiausaha parti itu, Abd Latif A Tambi.

Menurut setiausaha kerja parti tersebut, Masrum Dayat, Firdaus (kiri) digantung kerana didakwa membuat tohmahan liar yang tidak berasas terhadap parti dan menghina presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.

"Tindak-tanduk beliau yang melampau yang memudaratkan nama baik parti itu dilakukan melalui akaun sosial facebook beliau" kata Masrum dalam satu kenyataan lewat petang ini.

"Parti percaya beliau bertindak demikian semata-mata kerana beliau marah apabila pembayaran elaun bulanannya dihentikan," kata Masrum sambil menambah KITA adalah sebuah parti kecil yang mempunyai sumber kewangan yang terhad.

Masrum juga memaklumkan bahawa lamanweb, twitter dan facebook parti itu tidak dapat dilayari seperti biasa kerana mengalami masalah teknikal.

"Tidak mustahil ada pihak yang yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan perkara ini berlaku. "Pihak pentadbiran parti sedang berusaha memulihkannya dan dijangka dapat digunakan seperti biasa minggu depan," tambahnya.

Kenyataan itu juga mengucapkan terima kasih kepada Abd Latif yang perkhidmatannya tamat berkuatkuasa hari ini untuk menambah kelicinan pentadbiran parti.

Ketika dihubungi, Firdaus mempersoalkan kesahihan kenyataan tersebut dan berkata ia tidak mengikuti proses sewajarnya.

Sambil menyatakan rasa terperanjat tentang tindakan tersebut, Firdaus berkata tidak ada surat tunjuk sebab atau prosiding

1 ulasan:

Hang Jebat berkata...

Parti Kita dalam proses pemutihan dari virus2 yang tidak membawa kebaikkan pada parti apatah lagi kepada Masyarakat. Parti KITA bukanlah tempat untuk menimba emas atau mencari publisiti murahan. Mana2 parti pun mesti berkehendakkan kepimpinan yang ikhlas berjuang untuk rakyat.
Takkan disebabkan tidak lagi menerima elaun maka terus parti dilabel sebagai parti muflis?, berusaha keras mensabotaj Parti dengan memburuk2kan Ketua Parti yang pernah berjasa membayar gaji buta pada beliau selama berbulan2..
Cuba tanya pada diri sendiri, sepanjang memegang potfolio sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan menerima elaun setaraf pegawai bank, berapa ramai ahli yang telah dibawa masuk oleh beliau dan berapa banyak cawangan negeri yang berjaya di buka?

Dato' Zaid sanggup membelanjakan wang dari poket sendiri sebanyak hampir 20 ribu sebulan untuk badut2 ini.. takkan terima gaji untuk kerja2 twitt atau ber FB saja.. Parti KITA mempunyai kewangan yang selesa untuk menghadapi PRU 13 tapi bukan untuk membayar gaji buta pada badut2 ini...Patut2 la broooo..