Rabu, 28 September 2011

Gereja kecil orang Asli di Melaka diancam diroboh

Kuek Ser Kuang Keng


Majlis Perbandaran Alor Gajah telah mengarahkan sebuah gereja kecil yang terletak di perkampungan orang Asli Machap Umboo di Melaka akan dirobohkan atas alasan bahawa ia adalah struktur yang dibina tanpa mengikut peraturan.

Sabtu lalu, notis bagi merobohkan gereja kecil itu yang bertarikh 20 September diserahkan kepada penjaganya, Puanheerby Siam oleh jabatan bangunan majlis itu. NONEMenurut notis berkenaan, bangunan itu melanggar Seksyen 70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang mengawal selia pembinaan bangunan baru.

Pastor Joseph Boon Chai yang menyelia gereja itu berkata tidak ada sebab khusus diberikan oleh pihak berkuasa mengenai tindakan mereka.

Menurut beliau, pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli memaklumkan Puanheerby dua bulan lalu bahawa gereja itu adalah haram kerana dibina tanpa kelulusan dari majlis tempatan.

"Tetapi mengapa JAKIM dan MAIM yang terlibat dalam kes ini? Kami hairan. Apakah motif utama di sebalik ini?" soal Joseph ketika dihubungi hari ini.

Dakwanya, kawasan berkenaan telah dikategorikan sebagai penempatan masyarakat Orang Asli, justeru penduduk mempunyai hak untuk membina bangunan di sekitar kawasan itu.

Terdapat kira-kira 20 keluarga yang menetap di penempatan orang Asli Temuan ini sejak zaman pendudukan Jepun.

Pembinaan gereja kecil berukuran 20 kaki kali 30 kaki itu siap pada Mac tahun ini bagi kegunaan 11 keluarga Kristian dari penempatan Machap Umboo dan dua lagi dari kampung-kampung orang Asli yang berdekatan.

Tiada ulasan: