Khamis, 8 September 2011

Forum NGO Sentiasa Berdampingan Dengan Rakyat Jelata

SUARAM JB


Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (Friends of SUARAM) Negeri Johor akan menganjurkan Forum "NGO Sentiasa Berdampingan Dengan Rakyat Jelata" sempena ulang tahun ke-10 pada 11 September 2011, jam 2 petang hingga 6.30 petang, bertempat di Sport Club Taman Universiti, Skudai. Program ulang tahun terdiri daripada dua bahagian di mana satu forum akan bermula tepat jam 2 petang hingga 5 petang, manakala jamuan makan akan bermula pada 5 petang dan tamat pada 6.30 petang.

Ambiga, Kua Kia Soong, Mohamad Sabu sebagai Panelis


Tiga panelis yang diundang untuk memberi ucapan dan membentangkan kertas dalam forum ini merupakan orang terkenal dengan perwakilan tertentu. Panelis forum dengan tajuk pembentangan mereka seperti berikut:

1. Ambiga Sreenevasan, Pengerusi BERSIH 2.0: "Civil Society as Agents of Change"
2. Kua Kia Soong, Pengarah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM): "NGOs in the Service of the MalaysianPeoples"
3. Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS): "Peranan NGO Dalam Membentuk Negara"

Panelis akan berucap dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Jika ucapan dalam bahasa Inggeris, penterjemahan ringkas dengan Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu akan disediakan. Sesi soal jawab dijadualkan selepas ucapan panelis.

Jawatankuasa kerja ulang tahun ke-10 FOS Johor


Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor mendapat sokongan dan pernyertaan daripada kawan-kawan Persahabatan Semparuthi dan lain-lain dalam kerja-kerja menganjurkan aktiviti ulang tahun ini. Mereka menolong dalam menterjemahkan artikel dan kertas pembentangan kepada Bahasa Tamil. Ini telah menggalakkan perkongsian pendapat dan fikiran antara kaun-kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu, menjadikan forum lebih bermakna dan tersendiri. Berikut merupakan senarai nama Jawatankuasa Penganjur:

Pengerusi: Cheng Lee Whee
Setiausaha: Fang Pei Fen
Bendahari: Ng Tee Neng
Ajk Forum dan Program: Ang Pei Shan, Ngo Jian Yee, Ong Pei Yee, Silvarajah A/L Erusam, Santha Letchmy A/P Perumal, Kavian
AJK Tiket: Sia Chow Hock, Mohan A/L Periyasamy
AJK Terbitan Edisi Khas: Nyam Kee Han, Yong Siew Lee, Choo Shinn Chei
Pengacara Majlis: Cheng Lee Whee, Sangeetha A/P Krishnan

Terbitan Majalah Edisi Khas Ulang Tahun ke-10

Selain menganjurkan forum serta jamuan, Jawatankuasa Kerja FOS Johor juga akan menerbitkan "Majalah Edisi Khas Ulang Tahun ke-10 Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor" (dalam Bahasa Mandarin). Majalah 60 muka surat ini mengandungi Ucapan Biro Pengerusi Jawatankuasa Kerja FOS Johor, Laporan yang disediakan oleh Sekretariat FOS Johor dan tujuh dokumen bersejarah yang mempunyai makna simbolik bagi Jawatankuasa Kerja FOS Johor dan perkembangannya.

Antaranya artikel "10 tahun Perjuangan Jawatankuasa Kerja FOS Johor", merupakan laporan yang menyimpulkan aktiviti-aktiviti penting dan pengalaman perjuangan 10 tahun JK FOS Johor. Laporan ini fokus dalam menggambarkan peningkatan kesedaran politik JK FOS Johor dalam kerja demokratik dan hak asasi manusia melalui kerja-kerja dalam 10 tahun ini. Laporan tersebut telah dihantar kepada parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan sosial dan media massa di seluruh negara sebelum Hari Merdeka, dan dipaparkan di blog JK FOS Johor (suaramjb1.blogspot.com), untuk dilayari oleh pengguna internet.

Antara kandungan majalah juga termasuk "Perbincangan Ringkas Tiga Persoalan Dalam Perlembagaan" yang dikemaskini oleh Peguam Yang Pei Keng baru-baru ini.

Semua yang berminat perlu membeli kupon untuk menyertai Forum dan Jamuan ulang tahun ke-10 Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram Negeri Johor. Harga satu kupon adalah RM35, V.I.P seat RM1000/meja (sejumlah 5 meja). 500 kupon (500 peserta) telah disediakan dan habis dijualkan. Segala persoalan untuk menghadiri forum dan majlis tersebut, sila hubungi Fang Pei Fen (016-7782707) atau emel ke suaramjb1@gmail.com.

*Kenyataan daripada Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM, Johor.

Tiada ulasan: