Isnin, 19 September 2011

Anwar tetap enggan layan dakwaan seks

Hafiz Yatim


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi enggan mengulas dakwaan penulis blog pro-BN yang mendakwanya terlibat dengan skandal seks.

NONEAnggota parlimen Permatang Pauh itu dengan tenang berkata beliau tidak akan melayan soalan sebegitu.

"Semua isu berkenaan moral, arak, soal judi, maksiat, kezaliman, fitnah atau mengaibkan orang, saya tidak akan layan atau jawab," katanya.

Beliau ditemani isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penulis blog dikenali Papa Gomo pada Sabtu mengancam akan mendedahkan lagi rakaman video yang didakwa melibatkan Anwar yang bertarikh 12 Januari.

Penulis itu juga bertanya di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Januari lalu.

Bagaimanapun, pejabat Anwar menjelaskan kepada Malaysiakini, Anwar bukan bermaksud isu moral tidak penting tetapi "layakkah mereka yang terbabit dengan rasuah, pembunuhan, arak bercakap isu moral?"

Saga video seks Datuk T muncul semula di Internet kelmarin ekoran muat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikatakan menunjukkan Anwar di tempat berlaku aksi seks, serta ancaman penyiasaran seks video baru bertarikh 13 Januari lalu.

Penulis blog Papa Gomo menyiarkan apa yang disebut rakaman "eksklusif", yang didakwa menunjukkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Anwar, masuk dan keluar lif bangunan Apartmen Ampang - tempat dikatakan berlaku aksi seks itu.

Tiada ulasan: