Rabu, 21 September 2011

Air mani di dubur mampu bertahan hingga 113 jam

Hafiz Yatim


Pasukan pembelaan perbicaraan liwat II hari ini tersentak apabila saksi mereka - pakar DNA Australia Dr Brian Mc Donald - bersetuju dengan andaian pendakwaan bahawa air mani boleh bertahan di dubur atau rektum antara empat hingga 113 jam.

brian mcdonald storyPerkara itu diajukan kepada Dr Mc Donald, ketika beliau diasak oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ketika memeriksa balas saksi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Yusof merujuk kepada artikel 1997 yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard dan diterbitkan dalam jurnal perubatan.

Yusof:
Berdasarkan jurnal ini, bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui air mani pada calitan kapas yang diambil dari dubur selepas empat hingga 113 jam?

McDonald: Saya bersetuju.

Dalam artikel pada tahun 1982, Ellard menyatakan penemuan bahawa air mani boleh bertahan selama 65 jam di dalam rektum. Perkara itu, bagaimanapun menjadi pertikaian di kalangan pengamal perubatan dan komuniti saintifik.

Bukan mustahil

Yusof juga sebelum itu merujuk kepada tiga jurnal perubatan kes rogol luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan lebih daripada 100 jam.

Dr McDonald yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun mengendalikan ujian DNA mendapati perkara tersebut mustahil dan enggan bersetuju dengan cadangan Yusof.

azlanBeliau yang disoal peguam bela Ram Karpal Singh sebelum ini berkata penemuan berkenaan amat jarang berlaku dan ia tidak boleh dijadikan rujukan.

Namun beliau tidak menafikan perkara tersebut bukan mustahil.

Suasana juga tegang seketika apabila Yusof cuba memaksa pakar Australia itu bersetuju dengan penemuan dalam jurnal yang dikemukakan, termasuk menyuruhnya membuat andaian ia rujukan sahih.

"Saya tidak boleh baca kerana ia tiada rujukan untuk perbandingan. Melainkan ada orang boleh terjemah. Saya yakin orang dalam perbicaraan ini tidak boleh baca jurnal itu (yang dalam bahasa Thailand)," katanya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Peguam Ram Karpal kemudian membantah tindakan Yusof.

"Anda tidak boleh suruh saksi untuk buat andaian maklumat dalam bahasa Thai," katanya dan dibenarkan hakim.

Mahkamah Tinggi sebelum ini diberitahu spesimen yang diperolehi dari dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan mencecah tempoh masa hampir 100 jam sebelum diuji makmal Jabatan Kimia Malaysia.

azlanMalah peguambela mendakwa sampel berkenaan tidak dikendalikan dengan baik dan berlaku pencemaran.

Bagaimanapun laporan pakar kimia, Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon yang dikemukakan kepada mahkamah menyatakan sperma berada dalam keadaan baik ketika diuji walaupun telah terdedah kepada persekitaran.

Tiada ulasan: