Isnin, 22 Ogos 2011

Tidak bertanding di PP, Koh membisu

FREE MALATSIA TODAY

"Apabila tiba masanya, anda akan tahu sama ada dan di mana saya akan bertanding," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja BN negeri di sini hari ini.



GEORGE TOWN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon terus membisu mengenai spekulasi yang beliau
tidak akan bertanding di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

“Apabila tiba masanya, anda akan tahu sama ada dan di mana saya akan bertanding,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja BN negeri di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas lanjut, Koh yang juga Presiden Gerakan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau perlu berbincang dengan anggota parti sebelum membuat pengumuman.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Koh telah membayangkan yang beliau tidak akan bertanding di Pulau Pinang bagi memberi laluan kepada calon lebih muda.

Dikritik hebat

Kebelakangan ini, kepimpinan beliau sama ada di peringkat negeri dan nasional telah dikritik hebat oleh pemimpin sedia ada dan bekas pemimpin parti yang mempersoalkan keupayaannya menerajui parti.

Sementara itu, Koh berkata persediaan jawatankuasa BN negeri bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang kini telah masuk ke tahap fasa kedua bagi memperkukuhkan parti di kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Katanya jawatankuasa kerja BN juga telah memulakan tinjauan mesra mingguannya di beberapa kawasan Parlimen untuk bertemu rakyat dan memahami keperluan mereka.

Mengenai sama ada BN akan mampu menawan semula Pulau Pinang, Koh berkata ia merupakan tugas sukar tetapi bukan mustahil.- Bernama

Tiada ulasan: