Selasa, 23 Ogos 2011

`Tiada usaha musnahkan karier politik Khairy’

"Tidak ada usaha sedemikian," kata exco Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.



PETALING JAYA: Pemuda Umno menolak ura-ura bahawa terdapat usaha dalaman memusnahkan karier politik Khairy Jamaluddin.

“Tidak ada usaha sedemikian,” kata exco Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

Khairy memenangi jawatan ketua Pemuda Umno dalam pemilihan 2009 setelah mengenepikan Datuk Seri Mohd Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun, selepas bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menjdai perdana menteri cakap-cakap zsemakin kencang kedengaran mengenai karier politiknya.

Khairy juga merupakan ahli Parlimen Rembau sejak pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Tengku Azman menegaskan Pemuda Umno akan akur keputusan pucuk pimpinan pusat dalam penentuan calon pilihan raya umum ke-13.

“Pucuk pimpinan tahu dan akan tentukan siapa calon boleh menang dari pergerakan ini,” katanya ketika dihubungi.

Sanggup tidak dicalonkan

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin yang sanggup untuk tidak dicalonkan sekiranya kepimpinan mendapati beliau bukan calon yang boleh menang.

Khairy mengumumkan kesediaannya kepada pemberita setelah perasmian Program Jom Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa Pemuda Umno di Kota Bharu, Kelantan, lapor Utusan Malaysia semalam.

Tengku Azman turut menolak cadangan sama ada ahli Pemuda sanggup tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kami di dalam pergerakan Pemuda akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan. Tiada soalan sama ada sanggup atau tidak sanggup sama sekali,” kata Tengku Azman yang juga merupakan ketua Pemuda Umno bahagian Bukit Bintang.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir menafikan bahawa kedudukan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno akan tercabar sekiranya Khairy tidak dicalonkan.

“Soal calon pilihan raya adalah bidang kuasa Perdana Menteri (Datuk Sri Najib Tun Razak).

“Jawatan di dalam parti pula ditentukan ahli,” kata Khir lagi.

Beliau memberi contoh Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang pernah menjadi naib presiden tetapi tidak menjadi calon pilihan raya

Tiada ulasan: